Akta & Peraturan

ANGGOTA

Terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berusia 18 tahun dan ke atas.

Seseorang yang diistiharkan bankrap tidak boleh menjadi ahli lagi.

FI MASUK

 RM 100 bayaran masuk sekali sahaja.

MODEL SYER

Minima RM 1,000 bagi seorang anggota.

MENARIK DIRI

Anggota boleh menarik diri dengan memberi SATU BULAN NOTIS.

BUKU UNDANG-UNDANG KECIL

Setiap anggota akan menerima satu Buku Undang-Undang Kecil setelah diterima menjadi anggota.

PENYELESAIAN WANG ANGGOTA

Syer anggota serta faedah akan dipulangkan setelah anggota bersetuju untuk menarik diri daripada keanggotaan.

MESYUARAT AGUNG

Akan diadakan setiap tahun. Notis 15 hari akan diberikan sebelum Mesyuarat Agung. Mesyuarat Agung perlu diadakan dalam masa enam bulan dari tarikh penutupan akaun kira-kira, iaitu 31 Disember setiap tahun.

LEMBAGA KOPERASI

LK terdiri daripada sembilan orang yang dilantik dalam Mesyuarat Agung

MESYUARAT LEMBAGA

Perlu diadakan sekurang-kurangnya 4 kali setahun.

NOTA:

Undang-Undang Kecil ini adalah sebahagian daripada yang sebenar yang terkandung dalam Buku Undang-Undang Keci Koperasi ini. Setiap anggota akan menerima buku tersebut setelah menjadi anggota koperasi. Anggota perlu merujuk kepada buku tersebut untuk maklumat lebih lanjut.